Impian Alexander Zverev beraksi dalam Kejohanan Final ATP di London hampir musnah sebaik dia tersingkir daripada Kejohanan Terbuka China, semalam.

Pemain Jerman itu, yang diletakkan sebagai pilihan kelima kejohanan, memburu sekurang-kurangnya kedudukan lapan terbaik dalam misi memburu slot ke siri akhir tersebut, namun dia terkandas sebaik tewas kepada pemain bukan pilihan dari Tunisia, Malek Jaziri.

Zverez tewas penentuan 'tie-break' dalam set pertama sebelum bangkit memenangi set berikutnya, namun Jaziri mencatat kemenangan mengejutkan dalam set ketiga menerusi keputusan penuh 7-6 (7-4), 2-6, 6-4 di Beijing.

Dalam pada itu, Fabio Fognini tewas dengan keputusan straight set kepada Andrey Rublev manakala pilihan kelapan kejohanan, Marco Cecchinato, disingkirkan Marton Fucsovics.

Satu lagi kejutan menyaksikan Nikoloz Basilashvili mara ke suku akhir selepas menewaskan Fernando Verdasco 7-6 (7-3), 6-4.