Simona Halep akhirnya muncul pemain nombor satu dunia buat kali pertama selepas menewaskan Jelena Ostapenko 6-2, 6-4 untuk ke final Terbuka China, semalam.

Selepas mempamerkan aksi cemerlang sepanjang saingan di Beijing, Halep semakin hampir untuk bergelar pemain nombor satu dunia selepas berjaya mara ke separuh akhir tiga kejohanan, namun gagal merangkul gelaran.

Antaranya adalah tewas dalam final Roland Garros pada Jun, ketika pemain Romania itu tewas kepada Ostapenko selepas mendahului satu set dalam perlawanan tersebut.

Bagaimanapun, Halep bangkit daripada kekecewaan tersebut dan mempamerkan persembahan konsisten sepanjang kejohanan dan berjaya mengetepikan saingan seperti Maria Sharapova dan Daria Kasatkina.

Halep akan mengambil alih tempat Garbine Muguruza sebagai pemain nombor satu dunia esok. Dia bakal menjadi pemain Romania pertama untuk menduduki ranking tersebut.