Final ATP: Medvedev lepasi ranjau awal Zverev 

Oleh Shaiful Shamsudin 17 November 2020 30
 Final ATP: Medvedev lepasi ranjau awal Zverev 
Daniil Medvedev mencatat kemenangan sulungnya dalam kejohanan tenis penutup tirai musim ini, Final ATP, dengan mengalahkan Alexander Zverev buat kali kedua dalam masa lapan hari.

Pemain Russia tersebut berada di puncak prestasi untuk menamatkan pertarungan dengan mengambil masa hanya 51 minit dengan kemenangan 6-3, 6-4 ketika menentang seteru yang bukan lagi asing buatnya itu dalam  dalam Kumpulan Tokyo 1970.

Medvedev tewas kepada lawan yang sama di pentas liga sepusingan itu tahun lalu tetapi mengungguli pencabarnya tersebut dalam pertemuan terakhir mereka dalam Masters Paris, awal bulan ini.

Zverev bergelut dengan servisnya sendiri -- termasuk melakukan tujuh kesalahan berganda -- sekali gus tumpas mudah menerusi aksi set straight walaupun pada awalnya kedua-dua pemain saling melepaskan game awal. 


 

Medvedev pasti mahu menggunakan kesempatan itu untuk mendapatkan rentak menjelang pertembungan dengan Novak Djokovic yang mengalahkan Diego Schwartzman, malam tad.

"Keyakinan adalah kuncinya. Memenangi kejohanan bertaraf Master akan membantu keyakinan," katanya kepada Amazon Prime Sport dalam wawancara di gelanggang.

"Aksi kami berdua agak goyah (dalam set pertama) sementara dalam set kedua, lebih mudah bagi kami berdua untuk mendapatkan mata memandangkan kami amat keletihan, kami tidak dapat berlari lagi!"

Sementara itu, Rafael Nadal akan memulakan kempen dalam Kumpulan London 2020 berdepan Dominic Thiem, malam ini. 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen