Roger Federer berharap keputusannya untuk berehat daripada menyertai Jelajah ATP membenarkan dirinya untuk kembali beraksi di peringkat tertinggi untuk beberapa tahun lagi.

Juara 17 gelaran utama itu beraksi buat kali terakhir pada Julai di Wimbledon dan terpaksa mengambil keputusan untuk berehat buat baki musim 2016 kerana mengalami kecederaan lutut.

Pemain tenis berusia 35 tahun itu membuat penampilan semula buat Switzerland bersama Belinda Bencic dalam aksi Piala Hopman tahun baru ini dan masih belum memikirkan mengenai persaraan.

"Saya berada di dalam keadaan yang sangat baik. Saya telah berehat selama enam bulan dan saya berharap untuk bermain dengan baik dalam tempoh dua atau tiga tahun lagi. Saya mahu melihat untuk jangka masa panjang.

"Saya sangat gembira untuk kembali ke Australia Barat. Kali terakhir saya di sini ialah 15 tahun lalu.

"Sambutan yang diterima daripada enam ribu penyokong yang hadir di stadium sangat menakjubkan."