Djokovic tempa kekalahan sulung tahun ini 

Oleh Shaiful Shamsudin 14 Jun 2020 93
 Djokovic tempa kekalahan sulung tahun ini 
Novak Djokovic mengalami kekalahan pertamanya pada tahun ini dalam Kejohanan Pertunjukan Jelajah Adria di Belgrade hari ini. 

Juara Grand Slam sebanyak 17 kali itu memulakan kejohanan itu dengan kejayaan 4-1, 4-1 ke atas rakan senegara dari Serbia, Viktor Troicki.

Namun, Djokovic ditundukkan oleh Filip Krajinovic 4-2, 2-4, 1-4 dalam perlawanan berikutnya, sekali gus kekalahan pertamanya tahun ini.


 


Djokovic mencatat rekod 18-0 sepanjang musim 2020 Jelajah ATP termasuk memenangi Terbuka Australia sebelum musim ini ditangguhkan ekoran wabak COVID-19.

Pemain berusia 33 tahun itu mengatur Jelajah Adria bulan lalu walaupun pusingan akhir di Montenegro pada akhir bulan ini terpaksa dibatalkan.

Dalam masa sama, Alexander Zverev dan Dominic Thiem masing-masing meraih dua kemenangan.

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen