Juan Martín del Potro meraih gelaran pertama sejak Januari 2014 dengan menewaskan Jack Sock dalam straight sets untuk bergelar juara Terbuka Stockholm.

Del Potro dibelenggu kecederaan buat beberapa tahun tetapi pemain tenis Argentina itu telah kembali menemui rentak permainannya dengan menamatkan kemarau tanpa sebarang kemenangan gelaran pada Ahad.

Juara Terbuka AS 2009 itu hanya memerlukan satu jam 16 minit untuk menewaskan pemain pilihan keenam, Sock, 7-5, 6-1.

Del Potro berjaya meraih empat mata 'break' daripada sembilan percubaan untuk meleburkan harapan pemain nombor 23 dunia dari Amerika Syarikat itu daripada meraih gelaran perseorangan ATP keduanya.

Sock membuktikan bahawa dia mampu bersaing dengan Del Potro sehingga pemain 'wildcard' itu berjaya mencuri set pertama.

Dalam set kedua, Del Potrotidak menghadapi sebarang masalah untuk memenanginya 6-1, sekaligus menamatkan kemarau 33 bulan tanpa sebarang gelaran.