Pemain tenis negara, Ahmed Deedat Abdul Razak, menjadi tumpuan dalam Kkejohanan Terbuka Raintree yang juga siri keenam Sirkit Kebangsaan ketika dia memburu kejuaran domestik keempat musim ini.

Deedat memiliki rekod hampir sempurna dalam saingan Sirkit Kebangsaan musim ini.

Dia yang tidak menyertai sirkit kedua memenangi tiga gelaran dalam empat penampilan final.

Sebelum Terbuka Raintree, kekalahan tunggal Deedat adalah dalam Terbuka Kuala Lumpur yang juga merupakan sirkit keempat.

Saingan sirkit keenam ini menyaksikan Deedat layak ke suku akhir selepas melepasi dua halangan awal.

"Saingan hari pertama kebiasaannya akan memberikan gemuruh buat pemain kerana masih belum mendapatkan rentak permainan.

"Saya gembira kerana masih dapat meneruskan rentak kemenangan dalam kejohanan-kejohanan sebelum ini.

"Saya harap saya dapat meneruskan rentak tersebut dalam kejohanan ini juga," kata Deedat.

Sementara itu, ketua jurulatih tenis negara, Muliyadi Jamal, mahu barisan pelapis negara memberikan saingan kepada kelompok senior supaya dapat beraksi dalam Kejohanan Masters.

"Ini merupakan sirkit terakhir sebelum Kejohanan Masters yang akan berlangsung bulan depan.

"Ramai pemain berebut untuk mencuri mata kerana lapan pemain terbaik akan beraksi dalam Kejohanan Masters.

"Saya mahu melihat atlet-atlet pelapis memberikan saingan kepada atlet-atlet senior seperti Ahmed Deedat," katanya.