Pengurusan kejohanan Wimbledon akan mengadakan mesyuarat tergempar minggu depan untuk mendapatkan keputusan mengenai status saingan itu.

Piala Kelab All England (AELTC) akan melalui saingan grand slam bermula 29 Jun depan tetapi acara itu kini belum pasti susulan wabak coronavirus yang menular sehingga mengganggu kalendar sukan.

Saingan Jelajah ATP dan WTA juga dibatalkan sekurang-kurangnya sehingga 8 Jun depan sambil pengurusan rasmi Roland Garros bercadang untuk mengubah Terbuka Perancis dari Mei kepada September nanti.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, AELTC mendedahkan saingan Wimbledon dilihat mungkin diadakan kemudian sejak Januari lalu tatkala ia diusahakan bersama kerajaan Britain dan badan kesihatan.

Penganjur akan bersidang untuk membincangkan langkah yang perlu diambil, di mana penangguhan dan pembatalan akan menjadi topik perbincangan, tetapi mereka menolak untuk beraksi dalam stadium tertutup.

"Cabaran yang dihadapi akibat krisis COVID-19 terus memberi kesan kepada kehidupan sehingga melangkaui apa yang pernah difikirkan dan kami mendoakan buat mereka yang dijanggkiti di Britain serta seluruh dunia," kata ketua eksekutif AELTC, Richard Lewis.

"Apa yang penting untuk dipertimbangkan adalah kesihatan umum dan kami bertanggungjawab dalam setiap langkah diambil.

"Kami bekerja keras untuk mendapatkan kepastian mengenai perancangan 2020 dan akan mengadakan mesyuarat tergempar melibatkan badan tertinggi AELTC minggu depan dan keputusan akan dibuat."