Pemain tenis nombor satu dunia, Novak Djokovic, diuji positif Covid-19.
Pemain berusia 33 tahun itu dan isterinya, Jelena, diuji positif dalam ujian saingan di Belgrade selepas menyertai Kejohanan Jelajah Adria manakala dua anaknya mendapat keputusan negatif.
Pemenang 17 kali acara perseorangan kejohanan grand slam itu tidak menujukkan sebarang gejala dan akan menjalani tempoh pengasingan selama 14 hari.
"Kami menjalani ujian saringan sebaik tiba di Belgrade. Keputusan saya adalah positif, sama seperti Jelena, manakala anak-anak kami negatif," katanya dalam satu kenyataan melalui akaun Instagram rasmi Jelajah Adria.
"Segala yang kami lakukan sepanjang bulan lalu, kami lakukannya dengan niat yang seikhlas hati.
"Kejohanan kami adalah untuk menyatukan dan menyampaikan mesej mengenai solidariti dan kasih sayang di seluruh rantau ini.
"Kejohanan jelajah itu dirancang untuk membantu pemain tenis yang sedang meningkat naik dan pelapis di Eropah Tenggara mendapatkan akses ke beberapa kejohanan kompetitif sementara pelbagai kejohanan lain ditangguhkan berikutan Covid-19.
"Semuanya dihasilkan melalui idea yang ikhlas bagi menyalurkan semua dana yang dikumpulkan kepada mereka yang memerlukan dan ia mengharukan saya apabila dapat melihat ramai yang menyokong usaha ini," katanya.
Djokovic merupakan faktor pendorong tercetusnya Kejohanan Jelajah Adria, yang berlangsung di Serbia dan Croatia di depan ramai penonton, dan pemain dilihat berjabat tangan tanpa menghiraukan penjarakan sosial.
Bagaimanapun, perlawanan final di antara Djokovic dan Andrey Rublev terpaksa dibatalkan setelah Grigor Dimitrov diuji positif Covid-19 sebelum Borna Coric turut disahkan dijangkiti koronavirus.
Viktor Troiki, yang turut bersaing dalam kejohanan di Belgrade itu, dan isterinya turut didapati positif virus berkenaan.
Keputusan untuk mengangguhkan sebarang sepanjang pendemik itu mendapat kritikan daripada pemain yang berstatus Kejohanan Jelajah, termasuk Nick Kyrgios dan Dan Evans sementara rakan baik dan musuh tradisi Djokovic, Andy Murray, menyifatkan apa yang terjadi itu sebagai "satu pengajaran buat kita semua".
"Kami menganjurkan kejohanan ini pada ketika virus ini sudah semakin lemah kerana percaya keperluan untuk mengadakan Kejohanan Jelajah sudah tiba.
"Malangnya, virus ini masih ada dan ia realiti baru bahawa kami masih belajar untuk menyesuaikan diri dan menghadapinya.
"Saya beraharap semuanya akan pulih pada waktunya sehingga kita dapat meneruskan hidup seperti biasa.
"Saya amat menyesali setiap kes jangkitan yang berlaku.
"Saya harap ia tidak akan merumitkan keadaan kesihatan seseorang dan semuanya akan baik-baik sahaja.
"Saya akan mengasingkan diri selama 14 hari dan mengulangi ujian yang sama setiap lima hari," tambahnya.