Covid-19: Bintang, organisasi tenis agih bantuan RM25.8j kepada pemain bawahan 

Oleh Shaiful Shamsudin 6 Mei 2020 26
Covid-19: Bintang, organisasi tenis agih bantuan RM25.8j kepada pemain bawahan 
Dana bantuan pemain berjumlah $6 juta (RM25.8j) berjaya dikumpulkan bagi menyokong mereka yang terkesan berikutan wabak koronavirus baru (Covid-19). 

Pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic, bulan lalu mendedahkan dia telah berbincang dengan Roger Federer dan Rafael Nadal mengenai dana bantuan untuk diedarkan kepada pemain peringkat rendah.

Musim Jelajah ATP dan WTA ditangguhkan sekurang-kurangnya sehingga 13 Julai depan berikutan wabak yang telah menjangkiti seramai 3.7 juta manusia itu. 

Tatkala naib juara Terbuka Australia, Dominic Thiem, menentang cadangan itu, organisasi tenis bagaimanapun bersatu padu untuk mengumpulkan dana lebih daripada RM25.8j.

 
"Inisiatif itu menyaksikan ATP, WTA serta empat kejohanan grand slam - Terbuka Australia, Roland-Garros, Wimbledon dan Terbuka Amerika Syarikat (AS)-- dan Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF), bersatu dalam menawarkan sokongan kepada pemain yang menghadapi kesusahan yang belum pernah terjadi sebelumnya akibat kesan global Covid-19 kepada kancah tenis profesional yang ditangguhkan sehingga 13 Julai 2020," menurut kenyataan itu. 

"Sebagai tambahan kepada sumbangan mereka sendiri, ATP dan WTA akan menguruskan pengagihan bentuk kewangan itu menerusi program bantuan pemain yang turut menerima sumbangan daripada (penganjur) empat kejohanan grand slam dan ITF yang akan diagihkan kepada pemain lelaki dan wanita."

Seramai 800 pemain profesional yang terdiri daripada pemain perseorangan dan beregu.

 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen