Sorana Cirstea bakal berdepan rakan beregunya, Jelena Ostapenko, dalam aksi suku akhir Terbuka China selepas mengetepikan pemain pilihan keempat kejohanan, Karolina Pliskova, semalam.

Cirstea melakukan persembahan cemerlang untuk menewaskan pemain nombor satu dunia, Pliskova, 6-1, 7-5 di Beijing, kemenangan pertamanya ke atas pemain dalam kelompok lima terbaik dalam tempoh empat tahun.

Pemain ke-44 dunia, Cirstea, telah memenangi 69 peratus mata daripada servis pertamanya dan berjaya mematahkan tiga set lawan untuk menempah slot ke suku akhir.

Pliskova memiliki empat mata untuk memenangi set kedua tetapi Cirstea terus bertahan untuk memenangi lima permainan bagi mara ke pusingan seterusnya bertemu Ostapenko, yang tidak berdepan masalah ketika bertemu Peng Shuai yang telah menarik diri kerana mengalami kecederaan lutut.

Petra Kvitova melakar kemenangan ketiga berturut-turut ke atas Caroline Wozniacki, yang menyaksikan pemain piliha kelima itu menang 6-1, 6-4 manakala Elina Svitolina meranapkan harapan Elena Vesnina untuk mara ke final dengan menewaskan pemain dari Russia itu 6-2, 7-5.

Caroline Garcia turut mempamerkan persembahan cemerlang apabila menang 6-2, 6-1 ke atas Alize Cornet.