Battle of the Brits: Usaha Murray belum cukup elak kekalahan 

Oleh Shaiful Shamsudin 25 Jun 2020 16
Battle of the Brits: Usaha Murray belum cukup elak kekalahan 
Andy Murray mendorong pemain nombor dua Britain, Kyle Edmund, sepanjang pertarungan sebelum tersungkur 6-7 (2-7), 7-6 (7-5), 10-5 dalam Kejohanan Battle of the Brits.

Murray memenangi aksi pembukaannya acara perseorangan dalam kejohanan amal selama enam hari itu semalam -- yang dianjurkan abangnya, Jamie -- menentang Liam Broady, semalam. 

Sungguhpun mengungguli set pertama di Pusat Tenis Nasional di Roehampton itu, bekas pemain nombor satu dunia berkenaan gagal menawan dua set. 

Justeru, Edmund, yang menewaskan James Ward dalam perlawanan pembukaannya, mengesahkan kemaraannya ke separuh akhir dengan pukulan kilas. 

"Saya mencari jalan. Saya bukannya kecewa (dalam situasi 'break') tetapi ia didorong oleh kekalahan dalam set pertama," kata Edmund kepada Amazon Prime selepas kemenangannya itu.

"Kemudian ada suatu ketika saya beraksi sedikit buruk, saya melakukan beberapa kesilapan dan perlahan-lahan saya mulai bangkit. 

"Saya hanya mengatakan kepada diri saya agar bertahan dan memberi peluang kepada diri sendiri. Dia hanya meletakkan bola di gelanggang, dia dapat menjangkakan bola, menggunakan sudut gelanggang dengan sangat baik selain kepantasan yang berbeza.

"Semua orang mahu menang dan melakukan yang terbaik. Saya berdepan Andy Murray, seorang pemain yang pernah memenangi banyak kejuaraan."

Meskipun kalah, Murray masih berpeluang ke separuh akhir sekiranya mengatasi Ward dalam aksi seterusnya.


 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen