ATP Finals: Djokovic elak jumpa Nadal lebih awal 

Oleh Shaiful Shamsudin 13 November 2020 108
 ATP Finals: Djokovic elak jumpa Nadal lebih awal 
Novak Djokovic mengelak juara bertahan, Stefanos Tsitsipas, dan pilihan ketiga, Dominic Thiem, selepas kedua-dua dalam laluan yang turut dibintangi Rafael Nadal dalam Kejohanan Tenis ATP Finals Edisi Ke-50, Ahad ini.

Pemain nombor satu dunia itu, yang mengintai trofi berkenaan buat kali keenam, akan menentang Daniil Medvedev, Alexander Zverev dan Diego Schwartzman dalam 'Kumpulan Tokyo 1970'.

Pemain Serbia itu menuju kejohanan di London dengan rekod tercalar selepas menempa kekalahan ketiga tahun ini -- salah satunya daripadanya adalah kegagalan dalam Terbuka Amerika Syarikat (AS) -- apabila terkandas dalam suku akhir Terbuka Vienna kepada Lorenzo Sonego.

Zverev menjulang gelaran itu pada 2018 sementara Medvedev kembali bertanding selepas kemunculan pertama dalam ATP Finals tahun lalu. 

 

Schwartzman dan Rublev pula muka baru dalam kejohanan terakhir musim ini tersebut.

Nadal melayakkan diri ke pertandingan itu buat kali ke-16 berturut-turut tetapi bakal menghadapi tugas sukar dalam 'Kumpulan London 2020' di samping Thiem, Tsitsipas dan Andrey Rublev.

Tsitsipas tewas kepada Nadal di peringkat kumpulan sebelum menundukkan Thiem dalam perlawanan akhir tahun lalu, namun pemain Austria itu berharap dapat meneruskan momentumnya susulan mara jauh dalam Terbuka AS.

 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen