Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe, menyifatkan penundaan tarikh perlawanan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia/Piala Asia dari Mac ke Jun depan merupakan satu petanda positif tetapi mencabar.
Keputusan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) untuk menunda perlawanan pusingan kelayakan Piala Asia 2023 hanya akan bergantung kepada situasi semasa pandemik COVID-19 dan bukannya berdasarkan suara majoriti, kata setiausaha agung badan induk itu, Datuk Windsor John.
Jika pusingan kelayakan Piala Asia 2023 bersambung bulan depan, ia akan menjadi satu petanda bahawa Malaysia mungkin akan terus kempunan untuk melayakkan diri ke kejohanan itu.
Ketua jurulatih skuad negara, Tan Cheng Hoe, mengubah perancangan asalnya apabila mengesahkan kem latihan secara kuarantin pertama skuad Harimau Malaysia itu akan dibarisi pemain utama.
Tahun 2021 belum membuka tirainya tetapi sudah ada perkhabaran baik buat Harimau Malaya apabila semakin hampir untuk mendapatkan sentuhan seorang penyerang naturalisasi baru.
Lima pemain yang sedang beraksi dalam liga luar negara kini berada dalam perancangan ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe, menjelang perlawanan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia/Piala Asia menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Dubai, Mac depan.
Berdasarkan situasi penularan COVID-19 di seluruh negara ketika ini, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) enggan terburu-buru dalam membuat sebarang ketetapan berkenaan skuad kebangsaan.
Ketua jurulatih skuad negara, Tan Cheng Hoe, menggambarkan aksi di pentas Piala Asia 2023 sebagai mimpi yang mampu menjadi kenyataan selepas kontraknya bersama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dilanjutkan sehingga 2022.
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, mengumumkan hasratnya untuk terus memegang jawatan nombor satu badan induk itu, yang kini hanya berbaki selama setahun
Ketua jurulatih skuad negara, Tan Cheng Hoe, akan mengabaikan kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) sepanjang September depan demi memberi laluan kepada Liga Malaysia (Liga-M) untuk bersambung.