Roberto Mancini menghidu persamaan di antara skuad kendaliannya, Itali, dan Spain selepas diundi bertemu dalam separuh akhir Liga Negara-Negara (UNL).
Roberto Mancini memuji pemain muda yang menyerlah dalam skuad Itali dan sedar dia kini berdepan masalah besar untuk menamakan 23 pemain terbaiknya menjelang Euro 2020.
Itali sudah bersedia untuk menguji keupayaan mereka menentang pasukan terbaik Eropah selepas mengesahkan tempat dalam pusingan akhir Liga Negara-Negara Eropah (UNL), kata jurulatih gantian pasukan itu, Alberigo Evani.
ITALI 2 POLAND 0 Andrea Belotti mendedikasikan kemenangan 2-0 Itali ke atas Poland kepada Roberto Mancini tatkala pengurus Azzurri itu masih menjalani dikuarantin selepas diuji positif COVID-19.
Paris Saint-Germain (PSG) mengumumkan bahawa bintangnya, Neymar, akan kembali ke Perancis untuk meneruskan sesi pemulihan daripada kecederaan kelangkang manakala rakan sepasukannya, Moise Kean, turut digugurkan daripada skuad Itali.
ITALI 4 ESTONIA 0 Alberigo Evani mendedahkan Roberto Mancini selalu berhubung dengan pasukan Itali ketika mereka menundukkan Estonia 4-0 dalam perlawanan persahabatan awal pagi tadi.
Alessandro Bastoni, Gian Marco Ferrari dan Mattia Zaccagni menjadi pemain terbaru dipanggil menyertai skuad Itali menjelang tiga perlawanan antarabangsa dalam masa terdekat.
Bekas ketua jurulatih Itali, Juventus dan pemenang Piala Dunia, Marcello Lippi, berkata dia "sudah selesai" menjadi jurulatih.
Cristiano Ronaldo mungkin telah melanggar protokol kesihatan dengan melakukan perjalanan ke Portugal untuk tugasan antarabangsa, menurut Menteri Sukan Itali, Vincenzo Spadafora.
Frank de Boer memutuskan untuk mengubah sistem permainan Belanda ketika diikat Itali 1-1 dalam Liga Negara-Negara (UNL) awal pagi tadi selepas dalam satu latihan mendapati mereka kelihatan seperti "hyena muda".