Pasukan yang sedang bergelut dalam LaLiga, Celta Vigo, memecat ketua jurulatihnya, Oscar Garcia, selepas hanya sembilan perlawanan musim 2020-21.
Ronald Koeman berasakan Clement Lenglet tidak bernasib baik apabila diarahkan keluar padang ketika Barcelona menewaskan Celta Vigo 3-0 di Abanco Balaidos awal pagi tadi tetapi memuji keseluruhan pasukannya kerana berjaya menangani situasi itu tanpa seorang pemain.
Real Mallorca tersingkir daripada LaLiga selepas tewas 1-2 kepada pasukan yang memburu slot ke Liga Europa, Granada, di laman sendiri awal pagi tadi.
Luis Suarez mengakui keputusan 2-2 di antara Barcelona dan Celta Vigo dalam perlawanan LaLiga di Abanca-Balaidos awal pagi tadi memberikan perasaan yang tidak senang memandangkan perlawanan itu cukup penting dalam perebutan kejuaraaan musim ini.
Pertahanan Barcelona, Jordi Alba, menyifatkan kesempatan menjadi rakan sepasukan Lionel Messi adalah satu nikmat selepas membantu Barca membenam Celta Vigo 5-0, awal pagi tadi.
Selepas dipaksa seri 1-1 dalam perlawanan pertama, Barcelona menunjukkan kebangkitan dalam aksi timbal-balik pusingan 16 Piala Raja Sepanyol di Camp Nou apabila membelasah Celta Vigo 5-0, awal pagi tadi.
Philippe Coutinho dan Ousmane Dembele perlu menyesuaikan diri dengan corak sedia ada yang diterapkan Barcelona selepas pengendali, Ernesto Valverde, tidak bercadang untuk melakukan perubahan selepas kehadiran dua pemain tersebut.
Pemain antarabangsa Sepanyol, Nolito, terdesak untuk meninggalkan Manchester City, berkata dia "gila" untuk kembali ke tanah airnya.