Sungguhpun gagal membutirkan pingat dalam Sukan SEA Filipina 2019, pelari pecut berpengalaman, Siti Fatimah Mohammad, menganggap tiada yang mustahil dalam memasang impian memburu slot ke temasya berprestij, Sukan Olimpik Tokyo 2021.
Pelumba berbasikal lebuh raya negara, Nik Mohd Azwan Zulkifli, kecewa dengan tindakan Majlis Sukan Negara (MSN) menggugurkannya daripada Program Podium tatkala dia dan rakan sepasukan sedang berjuang untuk Malaysia di pentas Le Tour de Langkawi (LTdL).
Selepas menjalani latihan ala ketenteraan di Jugra, Banting sejak Januari lalu, barisan kejurulatihan negara mengakui ia memberi impak positif daripada sudut disiplin, malah kekuatan mental pemain juga meningkat.
Pemain skuasy wanita negara, S. Sivasangari, menempa nama sebagai juara Terbuka Malaysia 2017 menerusi kemenangan 3-0 ke atas Milny Louw dari Afrika Selatan dalam perlawanan akhir di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil, sebentar tadi.
Penyerang Kedah, Syafiq Ahmad, hampir pasti membawa haluan baru musim depan dengan menyertai pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) untuk mengikut jejak beberapa rakannya daripada skuad Sukan SEA.
Atlet lempar cakera negara, Irfan Shamsuddin, menaruh keyakinan tinggi terhadap peluangnya untuk meraih pingat dalam Sukan Komanwel di Gold Coast, Australia, dari 4 hingga 15 April tahun depan.
Malaysia di ambang untuk dimahkotakan sebagai juara keseluruhan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 setelah mengumpul 144 pingat emas keseluruhan, jumlah yang paling banyak dirangkul Malaysia dalam sejarah temasya.
Azizulhasni Awang, Fatehah Mustapa dan skuad kejar mengejar berpasukan lelaki masing-masing memahat nama selaku juara dalam acara berbasikal trek Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 di Velodrom Nasional, Nilai, sebentar tadi.
Fatehah Mustapa merangkul pingat emas ketiganya dalam temasya KL2017 apabila mengungguli acara berbasikal trek 500 meter ujian masa wanita manakala Mohd Fadhil Mohd Zonis menyusuli kehebatannya dalam acara 1km ujian masa lelaki di Velodrom Nasional, Nilai, sebentar tadi.
Erry Hidayat menempatkan diri dalam kedudukan keempat dalam acara angkat berat kategori 69kg lelaki dalam temasya KL2017 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), sebentar tadi.