Saingan kelas perdana, CP150, Kejuaraan Cub Prix (CP) Malaysia 2020 semakin menarik apabila pendahuluan Azroy Hakim Anuar dirampas Md Helmi Azman yang meraih kemenangan dalam pusingan ketujuh di Litar Sepang Utara, hari ini.
Rozaimi Abdul Rahman mahu kembali ke pangkuan skuad negara selepas lima tahun menyepi di pentas antarabangsa.
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menafikan laporan di laman sosial yang mengaitkan pasukan kebangsaan akan menarik diri daripada saingan Piala AFF 2020.
Vietnam dijangka bersetuju untuk menambah empat sukan lagi bagi menghangatkan penganjuran Sukan SEA edisi ke-31.
Pemain naturalisasi Malaysia, Mohamadou Sumareh, mengakui menerima tawaran selain daripada Police Tero pada saat-saat akhir.
Tatkala Luqman Hakim Shamsudin dan Safawi Rasid menjadi tumpuan orang ramai dengan penghijrahan mereka ke Eropah, tiga lagi pemain dari Malaysia termasuk Mohamadou Sumareh kini dilihat sebagai aset penting buat ekosistem bola sepak Thailand.
Impak peningkatan kes COVID-19 memaksa pengelola Liga Malaysia (Liga-M), Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menunda aksi pembukaan Piala Malaysia kepada 25 dan 26 Oktober depan.
Dengan ilmu kepengadilannya yang bertaraf antarabangsa, Subkhiddin Salleh tidak berganjak dengan pendirian tegasnya bahawa bahawa tindakan R. Suresh Jayamaran adalah tepat.
Pandemik Covid-19 menjadikan pengendali negara, Tan Cheng Hoe, lebih bersedia dengan pelbagai rintangan, ia termasuklah dengan penjadualan Liga malaysia yang masih kekal misteri sehingga kini.
Susulan pengumuman senarai sukan pilihan penganjur Sukan SEA 2021, Malaysia bakal membuat pakatan dengan beberapa negara jiran untuk memberi tekanan kepada Vietnam menyenaraikan beberapa acara prospek emas.