Mencipta sejarah sebagai pemain Malaysia pertama yang diturunkan beraksi dalam saingan divisyen utama liga Eropah, penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin, mengakui berdepan cabaran komunikasi dalam penampilannya bersama KV Kortrijk, kelmarin.
Ketua jurulatih pasukan B-19 negara, Brad Maloney, menyifatkan kelibat Luqman Hakim Shamsudin yang membuat penampilan sulung bersama KV Kortrijk sebagai langkah pertama yang menarik.
Ketua jurulatih sementara Selangor, Michael Feichtenbeiner, tidak menjangkakan bekas anak buahnya, Luqman Hakim Shamsudin, sebegitu awal dapat beraksi dengan skuad utama pasukan Liga Pro Belgium, KV Kortrijk.
Penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin, mencipta sejarah baru apabila menjadi pemain Malaysia pertama diturunkan beraksi dalam liga divisyen utama di Eropah.
Impak daripada kecemerlangan bersama pasukan remaja, Luqman Hakim Shamsudin buat julung kalinya tersenarai dalam skuad senior KV Kortrijk untuk menyambut Anderlect di Stadium Guldensporen, Kortrijk, awal pagi Sabtu ini.
Perpindahan penyerang utama KV Kortrijk, Terem Moffi, masih belum membuka peluang Luqman Hakim Shamsudin untuk merebut tempat dalam skuad utama kelab Belgium itu.
Penyertaan pemain sensasi remaja negara, Luqman Hakim Shamsudin, bukan kerana dipengaruhi Tan Sri Vincent Tan, dan penyerang itu sendiri perlu memenuhi jangkaan yang terletak dibahunya.
KV Kortrijk sudah mula mencetak nama Luqman Hakim Shamsudin di jersi dengan padanan nombor sembilan.
Ketua Jurulatih skuad B-19 negara, Brad Maloney, memberi bayangan akan memberikan slot automatik buat Luqman Hakim Shamsudin dalam Kejohanan AFC B-19 di Uzbekistan, Oktober depan seandainya penyerang itu tidak sempat pulang ke tanah air.
Bekas penyerang skuad negara, Akmal Rizal Ahmad Rakhli, memberikan saranan buat penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin, yang sah mengikat kontrak lima tahun bersama kelab Belgium, KV Kortrijk, semalam.