Kento Momota mengakui bahawa dia kecewa dengan penundaan Sukan Olimpik Tokyo 2020 berikutan pandemik koronavirus selepas dia bangkit daripada kemalangan jalan raya di Malaysia awal tahun ini.
Kesemua individu yang terlibat dengan kem latihan pusat di bawah program Road to Tokyo (RTT) di Akademi Badminton Malaysia (ABM), disahkan negatif Covid-19.
Harapan pingat emas di pentas Sukan Olimpik yang ditinggalkan Datuk Lee Chong Wei kini diletakkan kepada perseorangan muda negara, Lee Zii Jia.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, mencanang perseorangan badminton lelaki negara, Lee Zii Jia, sebagai prospek pingat emas dalam Sukan Olimpik Tokyo tahun depan.
Pogram latihan Road to Tokyo (RTT), yang akan bermula 1 Jun ini, berdepan ancaman apabila 17 atlet yang terlibat masih belum memberikan persetujuan untuk menyertai program itu, yang sudah diluluskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menganggarkan peningkatan kos sehingga $800 juta (RM3.4 bilion) disebabkan penangguhan Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN), Ahmad Faedzal Md Ramli, akan menempatkan sekitar 40 pegawai untuk memantau ketiga-tiga kluster latihan atlet kebangsaan jika Majlis Keselamatan Negara (MKN) meluluskan cadangan untuk mereka memulakan latihan bermula 1 Jun depan.
Pemain badminton negara di bawah program Road to Tokyo (RTT) mungkin kembali menjalani latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) pada 1 Jun depan dan masih menunggu kelulusan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Atlet pelayaran negara, Khairulnizam Afendy, berharap agar pihak yang berkaitan tidak menjadikan penjarakan sosial sebagai satu isu penghalang buat atlet yang sedang bergelut untuk persiapkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo tahun depan.
Atlet di bawah program Road to Tokyo (RTT) akan diberikan keutamaan untuk memulakan latihan seandainya cadangan garis panduan yang diutarakan kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam satu mesyuarat bersama pemegang taruh sukan negara hari ini diluluskan kerajaan.