Pemain perseorangan wanita negara, S. Kisona, berterima kasih kepada barisan kejurulatihan skuad negara yang memberi peluang kepadanya untuk membuktikan kemampuan dalam kempen Piala Uber 2018.
Hasrat untuk mengubah format kiraan mata Persekutuan Badminton Dunia (BWF) tidak kesampaian apabila majoriti ahli badan gabungan itu gagal diyakinkan.
Pemain badminton perseorangan ketiga negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin, tidak rela menjadi punca kegagalan skuad kebangsaan dalam saingan Piala Thomas selepas prestasinya masih mencetuskan persoalan sehingga ke persediaan terakhir.
Pemain badminton beregu wanita negara, Lee Meng Yean, menyifatkan kejayaan meletakkan namanya dalam senarai ke Piala Uber 2018 sebagai nafas baru dalam kelangsungan kerjayanya.
Pemain badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia, berharap agar kempen Piala Thomas di Bangkok, Thailand dapat menyemarakkan semula kebangkitan prestasinya, susulan beberapa aksi yang kurang meyakinkan, sebelum ini.