Skuad Russia enggan berpeluk tubuh dan menunggu menjadi mangsa tatkala Denmark dan Malaysia berentap untuk merebut status sebagai juara Kumpulan D saingan Piala Thomas 2018.
Pemain badminton beregu wanita negara, Lee Meng Yean, menyifatkan kejayaan meletakkan namanya dalam senarai ke Piala Uber 2018 sebagai nafas baru dalam kelangsungan kerjayanya.
Keputusan kini di tangan bekas pemain beregu no satu dunia, Tan Boon Heong, untuk kembali ke skuad kebangsaan apabila Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sudah menyerahkan tawaran rasmi.
Skuad beregu badminton negara menyasarkan kepada salah seorang seteru bekas pemain beregu nombor satu dunia, Tan Boon Heong, yang berasal dari Indonesia untuk mengisi kekosongan dalam barisan kejurulatihan skuad kebangsaan.
Penggunaan sains sukan kini sudah mula digunakan oleh skuad badminton beregu lelaki negara, selepas pemain-pemain menjalani ujian untuk mengenal pasti perbezaan fizikal setiap pemain, sekaligus berupaya menjadi penanda aras membentuk gandingan lebih efektif.