Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani Ilias Khan, menerima tamparan hebat ketika skuad Kelantan melayakkan diri ke saingan Piala Malaysia pada musim ini, apabila dilanda krisis dalaman yang serius ekoran peletakan jawatan tiga individu penting dalam badan tersebut.
Jurulatih Selangor, Nazliazmi Nasir, berpendapat barisan baru Selangor telah lulus ujian untuk membarisi skuad utama pasukan itu, selepas mereka berjaya melakar kemenangan 2-0 ke atas PKNP FC, semalam.
Tonggak tengah Kedah, Sandro Da Silva, yang menjadi satu-satunya pemain import akan diturunkan skuad Hijau Kuning dalam pertemuan dengan Terengganu di laman sendiri pada malam ini berjanji akan mencuba sedaya-upaya untuk mendapatkan keputusan positif walaupun sedar berdepan tugas berat kerana ketiadaan ramai pemain utama.
Penggempur berbisa Selangor, Rufino Segovia, mengakui kejayaan berpasukan adalah lebih penting berbanding pencapaian peribadi setelah cemerlang membantu pasukannya mengikat Kuala Lumpur 3-3 menerusi jaringan hatrik, semalam.
Jurulatih Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim, berang dengan aksi longlai barisan pertahanannya sehingga dibolosi empat kali dan berjanji akan merombak pasukan dalam baki tiga perlawanan, sambil PKNS FC percaya keajaiban mampu berlaku untuk mereka merebut gelaran naib juara Liga Super 2018
Pengendali Negeri Sembilan, Mario Lemos, melihat pasukan bimbingannya itu mempunyai masalah daripada segi keyakinan selepas kecundang kepada PKNP FC 2-1 dalam aksi Liga Super, semalam.
Pemangku Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Wira Yusoff Mahadi, mengakui badan induk itu sedia mengkaji semula hukuman tidak membenarkan Pahang memohon lesen Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) bagi membolehkan pasukan itu beraksi dalam pusingan kelayakan Liga Juara-Juara Asia (ACL), musim depan.
Walaupun baru beraksi dua perlawanan sebagai pemain profesional, pertahanan muda PKNP FC, Sabir Abdul Salim, tampak sudah membuktikan kewibawaannya, termasuk dalam pertemuan menentang Kuala Lumpur, semalam.
Bermain pada bulan Ramadan yang lalu bagi saingan Liga Super jelas memberi cabaran buat setiap pemain untuk mengharunginya, namun pemain sayap PKNS FC dari Singapura, Faris Ramli, dapat menyesuaikan diri untuk beraksi ketika menjalani ibadah puasa.
Aksi Liga Super 2018 antara Kedah dan Kelantan di Stadium Darul Aman pada malam ini menyaksikan dua penyerang import, Paulo Rangel dan Lazarus Kaimbi, turun dengan misi tersendiri buat pasukan masing-masing.