Wushu: Weng Son raih perak acara changquan

Oleh Staff Writer 1 Disember 2019 304
Wushu: Weng Son raih perak acara changquan
Atlet wushu negara, Wong Weng Son, gagal menepati ramalan apabila meraih pingat perak acara changquan di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Manila hari ini.

Jaguh negara itu pada awalnya menduduki tangga pertama dengan 9.68 mata sebelum dipintas wakil Singapura, Yong Yi Xiang (9.70 mata).

Bagaimanapun, dia tidak patah semangat dan mahu fokus terhadap acara duilian esok.

"Paling penting, saya mesti fokus dalam pertandingan. 

"Apa yang telah terjadi, terlepas pingat emas, tidak penting lagi. 

'Apa yang penting, saya mesti mempamerkan motivasi dalam kesukanan, menghormati sukan dan sikap tidak mudah mengalah," katanya. 

 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen