Jurulatih skuad triatlon negara, Nik Lini Hayati Nik Kazim, menganggap peluang atletnya untuk meraih pingat dalam Sukan SEA Filipina tidak terjejas walaupun persiapan mereka terganggu ekoran perubahan jadual pertandingan pada saat-saat akhir.

Acara campuran berganti-ganti menjadi sandaran skuad negara untuk meraih pingat di Teluk Subic.

Malaysia akan diwakili empat atlet dalam acara itu, iaitu Chong Xian Hao, Edwin Thiang, Yeong Zhen Yi dan Aimi Iwasaki

Bagaimanapun, persiapan mereka terjejas kerana acara yang sepatutnya berlangsung Rabu ini terpaksa ditunda selama dua hari.

"Apabila acara itu intensif, ia memerlukan sedikit masa untuk pemulihan badan.

"Saya fikir anjakan dua hari ke depan (dari tarikh asal) itu tidak akan menjejeaskan persembahan mereka," katanya.

Dalam acara campuran itu, setiap atlet perlu melengkapkan renangan sejauh 300 meter, berbasikal sejauh 6.6 kilometer dan berlari sejauh 2 kilometer.