Ketua jurulatih skuad triatlon negara, Nik Lini Hayati Nik Kazim, berharap tuah di bumi Subic tahun lalu akan berulang dalam Sukan SEA Filipina.

Jurulatih itu menunjangi kemaraan Yeong Zhen Yi ke Sukan Olimpik Remaja di Argentina tahun lalu.

Ia selepas atlet mudanya itu menjadi peserta tunggal negara melepasi pusingan kelayakan di Teluk Subic, Jun tahun lalu.

Dengan itu, dia mahu atletnya dalam temasya kali ini turut menyinar dengan kilauan pingat buat negara.

"Kami sudah ada kenangan yang manis di Subic, jadi kami harap akan dapat menambah sesuatu yang manis lagi.

"Kami banyak menumpukan terhadap acara renang, terutama dalam rampaian campuran.

"Ia merupakan perlumbaan yang amat mencabar," katanya.

Kali terakhir Malaysia meraih pingat emas dalam temasya dwitahunan itu adalah dalam edisi di Korat pada 2007 di mana Kimberly Yap mempertahankan pingat emas yang diraihnya dalam edisi di Filipina du tahun sebelum itu.