Triatlon: Aldrian enggan bersara

Oleh Staff Writer 1 Disember 2019 222
Triatlon: Aldrian enggan bersara
Atlet triatlon negara, Aldrian Yeo, enggan bersara meskipun kempunan untuk meraih pingat dalam Sukan SEA Filipina hari ini.

Aldrian, 36, buat kali pertama ditemani isterinya, Serena Yang, yang turut mewakili negara dalam acara wanita di Teluk Subic.

Bagaimanapun, dia gagal menandingi kehebatan perserta lain untuk akur menamatkan saingan di tempat keenam.

"Secara keseluruhan, saya dapat memperbaiki catatan peribadi 2 jam 3 minit.

"Mungkin saya akan mencuba lagi dalam Sukan SEA yang akan datang," katanya

Acara individu wanita pula menyaksikan Aimi Iwasaki muncul atlet terbaik negara apabila menamatkan saingan di tempat kelima.

Serena pula menduduki termpat ketujuh.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen