Jurulatih tinju negara, Azmi Yunus, mengingatkan anak buahnya untuk tidak berpuas hati dengan pingat gangsa sahaja setelah undian Sukan SEA kali ini menyaksikan beberapa atlet negara mendapat laluan percuma dan terus beraksi di pentas separuh akhir.

Kelmarin, sesi undian menyaksikan beberapa peninju meraih laluan mudah yang diterajui sandaran utama, Mohd Fuad Redzuan, yang beraksi dalam kategori light flyweight bawah 49 kilogram apabila mara ke separuh akhir bersama Mohd Aswan Che Azmi yang beraksi bagi kategori middle weight bawah 75kg.

Dua lagi peninju membabitkan Afirqanie Ahmad Anshori dan Khair Akzylan Azmi akan berentap di peringkat suku akhir acara masing-masing tetapi Jemis Wong sudah terkandas selepas tewas di tangan wakil Singapura, Mohamed Hanurdeen Hamid.

Biarpun gangsa sudah pasti dalam genggaman, Azmi tidak mahu anak buahnya berpuas hati dan mahu melepasi pungutan pingat edisi lalu di Kuala Lumpur setelah skuad tinju negara secara keseluruhan meraih satu emas, satu perak dan satu gangsa.

"," kata jurulatih itu.

Dalam masa sama, skuad negara juga tidak kekok untuk mengubah sesi latihan di luar perkarangan hotel penginapan setelah tempahan untuk menguji gelanggang serta gimnasium dilaporkan penuh semalam.

"."

Sementara itu, hasrat Jemis untuk melangkah ke separuh akhir kategori flyweight bawah 52kg tidak kesampaian apabila kecundang kepada Hanurdeen dengan kiraan 4-1.

"," katanya.