Majlis Olimpik Malaysia (MOM) terpaksa menggugurkan tiga atlet pada saat-saat akhir ekoran masalah kesihatan yang menyaksikan kekuatan kontinjen negara ke Sukan SEA Filipina hujung bulan ini menurun kepada 773 atlet.

Dalam mesyuarat perjumpaan atlet di Bangi hari ini, beberapa rombakan dilakukan kontinjen negara dengan beberapa atlet terpaksa digugurkan kerana kecederaan.

Antara yang terlibat ialah Chew Kai Xiang (luncur ais), Eric Low Yi Zun (mendayung) dan Tern Jian Han (renang).

Skuad boling padang negara juga mengalami rombakan acara besar-besaran dengan 12 daripada 19 atlet terpaksa menukar acara.

Ia kerana tuan rumah mengubah venue acara berkenaan yang akan menggunakan padang asli berbanding tiruan sebelum ini.

Ikuti perkembangan terperinci dalam Nadi Arena jam 7.30 dan 11 malam ini.