Tiada penumpang dalam skuad badminton negara

Oleh Penulis Jemputan 29 November 2019 541
Tiada penumpang dalam skuad badminton negara
Meskipun skuad badminton negara hanya menyasarkan satu pingat emas menerusi acara beregu lelaki dalam Sukan SEA Filipina, ia tidak bermakna wakil lain cuma penumpang dalam temasya itu.

Skuad negara tiba di Manila hari ini mejelang aksi pembukaan acara berpasukan Ahad ini.

Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Teo Ee Yi-Ong Yew Sin, dilihat sedang berada di 
kemuncak prestasi.

Berdasarkan ranking dunia, Aaron-Wooi Yik merupakan beregu pilihan kedua di Asia Tenggara.

"Dia atas kertas, kami menyasarkan (pingat emas) dalam acara beregu lelaki.

"Tetapi bagi kami, beregu campuran juga mempunyai peluang sama.

"(Lee) Zii Jia juga mempunyai peluang.

"Jadi, semua pemain sedar mereka mempunyai peluang yang tersendiri," kata Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Wong Choong Hann, di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino hari ini.

Choong Hann berasakan Aaron dan Wooi Yik memiliki kredibiliti untuk menghadapi jadual padat.

Acara badminton Sukan SEA akan berakhir 9 Disember ini sebelum gandingan negara itu ke Guangzhou, China untuk menghadapi Kejohanan Final Jelajah Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dua hari kemudian.

"Ia merupakan cabaran dan peluang untuk mereka menjadi lebih kuat bagi menghadapi jadual yang lebih mencabar.

"Mereka masih muda dan ia merupakan kali pertama (menghadapi jadual padat).

"Ia peluang terbaik untuk mereka mengambilnya secara positif," tambahnya.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen