Terjun: Wendy mahu tebus kekecewaan 2017

Oleh Penulis Jemputan 29 November 2019 231
Terjun: Wendy mahu tebus kekecewaan 2017
Atlet terjun wanita negara, Wendy Ng Yan Yee, merupakan antara tonggak utama kejayaan skuad kebangsaan di pentas Sukan SEA, namun penampilannya di Filipina pastinya lebih tertumpu kepada misi peribadi.

Biarpun sudah berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo 2020, atlet berusia 26 tahun itu bakal tampil dalam Sukan SEA dengan semangat baru selepas terpalit dengan isu doping dalam edisi lalu di Kuala Lumpur.

Dua tahun lalu, pingat emas dalam acara 3 meter papan anjal individu dan seirama yang dimenanginya terpaksa ditarik balik apabila didapati positif sibutramine sehingga dikenakan penggantungan selama lapan bulan. 

"Sasaran mesti ada dan saya harap dapat mengutip emas buat Malaysia. Lihat nanti," katanya.

Untuk edisi kali ini, skuad terjun kebangsaan yang selalu menjadi lubuk emas terpaksa akur apabila peluang dalam lapan kategori ibarat diragut selepas tuan rumah tidak menawarkan acara platform seperti tahun sebelumnya.

"Saya hanya mahu lakukan apa yang mampu. Tiada istilah mencabar kerana terjun tidak menawarkan apa yang berlaku seterusnya."

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen