Terjun: Tze Liang tepati status pilihan

Oleh Staff Writer 7 Disember 2019 894
Terjun: Tze Liang tepati status pilihan
Ooi Tze Liang membuktikan statusnya sebagai penerjun pilihan apabila meraih pingat emas acara 3 meter papan anjal individu lelaki Sukan SEA Filipina di Pusat Akuatik New Clark City hari ini.

Jaguh negara itu mengumpulkan 454.60 mata daripada tujuh terjunan untuk menjadi penerjun terbaik daripada sembilan peserta sambil rakan senegara, Syafiq Puteh, menyusul di tempat kedua dengan 402.50 mata.

Penerjun Singapura, Mark Lee, meraih gangsa dengan 325.50 mata.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen