Syed Saddiq puji semangat atlet negara

Oleh Penulis Jemputan 8 Disember 2019 406
Syed Saddiq puji semangat atlet negara
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, memberikan kata-kata semangat kepada atlet negara yang sedang berjuang dalam Sukan SEA Filipina walaupun sasaran 70 pingat emas kelihatan mustahil untuk direalisasikan.

Kontinjen negara menyasarkan 70 emas tetapi beberapa sukan yang dilihat berprospek tinggi untuk mencapai sasaran itu bergelut untuk menterjemahkan misi itu menjadi realiti.

Namun, Syed Saddiq menegaskan atlet negara mempunyai tanggungjawab untuk berjuang sehingga acara terakhir dipertandingkan di Filipina.

"Mereka harus terus mencuba yang terbaik. Cabaran pasti getir tetapi kitai tidak boleh berputus asa. Memang tidak mudah sejak dari awal, namun kemaraan harus diteruskan," katanya.

Beliau juga kagum dengan semangat juang tinggi yang ditunjukkan atlet muda negara, terutama sukan gimnastik yang berjaya meraih sembilan emas, walaupun terdapat unsur pengadilan berat sebelah daripada tuan rumah, Filipina.

"Melihat prestasi atlet muda terutama daripada sukan gimnastik yang meraih sembilan emas, saya tahu mereka berdepan pelbagai cabaran. Banyak protes telah kami suarakan tetapi semangat perjuangan yang ditunjukkan sangat membanggakan."
 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen