Lego Sam mengharumkan nama Malaysia selain mengukir sejarah tersendiri apabila mengungguli acara disiplin breaking dalam sukan tari, Sukan SEA Ke-30, sebentar tadi.

Dalam aksi di New Clark City itu, Lego berhasil menghadiahkan pingat emas kedua kontinjen negara untuk mencipta nama sebagai penyumbang emas pertama menerusi sukan berkenaan dalam temasya dwitahunan itu.