Sukan tari: Jee Lek sedia sumbang emas pertama negara

Oleh Staff Writer 30 November 2019 299
Sukan tari: Jee Lek sedia sumbang emas pertama negara
Penari breakdance negara, Sam Jee Lek, berpotensi menjadi penyumbang emas pertama Malaysia dalam Sukan SEA Filipina esok walaupun pernah dianggap sebagai budak nakal kerana melakukan tarian itu di sekolah.

Jee Lek menjadi harapan emas skuad negara selepas meraih tangga ke-20 Kejohanan Dunia di Nanjing, China, Jun lalu.

Ia pencapaian terbaik dalam kalangan wakil Asia Tenggara, sekali gus meletakkan penari berusia 24 tahun itu pilihan utama acara breakdance.

Situasi itu merupakan satu penghargaan untuk Jee Lek yang pernah dianggap sebagai budak nakal di sekolah.

"Saya tidak sabar untuk menghadirkan pingat emas dan mahu membuktikan Malaysia memiliki kemampuan serta bakat dalam acara sukan tari," katanya.

Malaysia akan turut beraksi dalam kategori tarian standard dan latin menerusi empat pasangan, namun harapan membutirkan pingat tidak terlalu besar.

"Kami telah bergandingan sejak tujuh tahun lalu dan ini merupakan kali pertama bersaing dalam Sukan SEA," kata penari latin negara, Tan Yee Chun.

"Gementar namun teruja untuk memberikan saingan kepada pencabar yang lain," kata seorang lagi penari latin negara, Tan Chee Min.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen