Sofbol: Tangguh pekerjaan demi negara

Oleh Staff Writer 6 Disember 2019 50
Sofbol: Tangguh pekerjaan demi negara
Kapten skuad sofbol wanita negara, Ngo Siew Ting, berharap pengorbanannya mampu memberi kemanisan menerusi kemaraan Malaysia ke perlawanan akhir buat kali pertama dalam sejarah sofbol negara.

Siew Ting menggalas tanggungjawab besar dalam skuad sofbol wanita negara untuk saingan Sukan SEA Ke-30 ini.

Ini selepas dia dilantik sebagai kapten untuk misi Malaysia menamatkan kemarau pingat selama 40 tahun dalam temasya dwitahunan itu.

Menyedari situasi itu, graduan kejuruteraan awam itu akur dengan pilihan yang ada, sekali gus menangguhkan daripada memulakan perkerjaan demi negara.

"Saya sudah dapat pekerjaan tetap dan seharusnya melapor diri Ogos lalu. Tetapi saya memilih untuk menangguhkannya demi beraksi di Manila," kata Siew Ting.

Siew Ting direhatkan ketika skuad wanita negara dibelasah 0-12 oleh  juara bertahan Filipina dalam pusingan sistem page.

Namun, ia merupakan strategi skuad bimbingan Ong Lian Bee itu untuk mencerahkan peluang meraih sekurang-kurangnya pingat perak kali ini.

"Esok perlawanan lebih penting bagi Malaysia kerana kami mahu mendapatkan pingat perak dan kami telah mengambil langkah untuk merehatkan pemain utama," kata Lian Bee.
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen