J. Pavinthraa Devi membuat keputusan tepat apabila meninggalkan acara merejam lembing untuk menyertai pasukan sofbol wanita negara dengan melakukan pukulan 'home run' ketika menewaskan Singapura 5-4 untuk mengesahkan pingat sulung dalam sejarah Sukan SEA.

Kemenangan yang diraih itu melonjakkan Malaysia ke tangga kedua saingan dengan tujuh mata, ketinggalan satu mata di belakang tuan rumah, Filipina (8 mata) untuk ke pusingan berikutnya, sekali gus mengesahkan gangsa.

"Saya tidak menyangka dapat membuat pukulan 'home run' walaupun hasrat saya memang begitu.

"Dari kecil lagi, saya bermain sofbol, jadi saya memilih sukan berpasukan berbanding individu," katanya.

Sementara itu, ketua pasukan negara, Ngo Siew Ting, memuji kerjasama rakan sepasukan yang membolehkan mereka untuk mencipta kebangkitan ekoran ketinggalan 1-4 dalam pertemuan di The Mansion, Clark itu.

"Semangat sepasukan sangat tinggi.

"Walaupun ketinggalan, kami tidak berputus asa," katanya.