Snuker mampu butir pingat dalam Sukan SEA -- Melvin

Oleh Staff Writer 15 Disember 2019 87
Snuker mampu butir pingat dalam Sukan SEA -- Melvin
Persekutuan Snuker dan Billiard Malaysia (MBSF) menganggap satu pingat emas dan satu pingat perak daripada kempen Sukan SEA Ke-30 sebagai bukti sukan tersebut aset penting Malaysia dalam saingan temasya dwitahunan itu.

Pingat emas Malaysia hadir menerusi acara snuker berpasangan lelaki hasil gandingan Lim Kok Leong dan Moh Keen Hoo.

Keen Hoo juga hampir menyumbang pingat emas kedua sebelum tewas kerana kesilapan sendiri dalam aksi final perseorangan.

Bagi Presiden MSBF, Melvin Chia, pencapaian itu adalah hasil daripada persiapan singkat dan tanpa kehadiran kudrat berpengalaman seperti Thor Chuan Leong.

"Kejayaan ini membuktikan masa depan sukan snuker. Kami melatih atlet untuk membutirkan pingat emas di negara dalam temasya seperti Sukan SEA.

"Dalam kesibukan Keen Hoo menghadapi saingan profesional di China, kami telah berbincang dengannya dan dia memahami masa depan yang mahu dibina demi membangunkan sukan ini di Malaysia," kata Melvin.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen