Ketua jurulatih skuad pelayaran negara, Sahir Kadir, mengekalkan sasaran empat pingat emas dalam Sukan SEA Filipina walaupun saingan dua hari pertama terpaksa dibatalkan ekoran ancaman Taufan Kammuri.

Semangat skuad negara tetap tinggi untuk memburu pingat biarpun jadual perlawanan ditunda selama dua hari.

Ia bagi mengutamakan keselamatan dan merealisasikan sasaran empat pingat emas yang ditetapkan.

"Pelayar kami amat berdukacita dengan apa yang berlaku tetapi mereka tetap bersemangat tinggi kerana kami telah memberikan motivasi setiap hari.

"Dan ucapan daripada pengurus, wakil persatuan, ISN (Institut Sukan Negara) dan MSN (Majlis Sukan Negara) amat membantu mereka," katanya.