Skuad hoki ais negara muncul satu-satunya pasukan yang belum melunaskan pembayaran deposit 50 peratus daripada kos penyertaan ke Sukan SEA Filipina bulan depan.

Perkhabaran itu tiba hanya sehari selepas Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Seri Norza Zakaria, mengumumkan kesemua persatuan terlibat sudah melunaskan pembayaran berkenaan.

"Kami hanya dapat tahu yang kami diletakkan dalam kategori B minggu lalu, jadi kami diberi masa seminggu untuk melunaskan bayaran itu.

"Alhamdulillah, kami dapat mengumpulkan dana untuk bayaran 50 peratus itu dan kami akan menyerahkannya kepada MOM hari ini," kata pengurus skuad hoki ais negara, Hazurin Harun.