MALAYSIA 2 SINGAPURA 9

Skuad floorball lelaki negara terus berputih mata dalam Sukan SEA Filipina apabila dijinakkan negara jiran, Singapura, 2-9 dalam aksi pusingan kelayakan di Kolej Kinetik Kemanusiaan Filipina hari ini.


Malaysia amat memerlukan kemenangan dalam perlawanan itu setelah dibelasah 6-13 oleh Thailand semalam.

Bagaimanapun, kesilapan individu mengakibat kubu skuad negara dihukum dengan tiga jaringan Singapura dalam suku pertama sebelum merapatkan jurang menerusi Fabian Chow.

Thailand menambah dua jaringan dalam suku kedua sebelum menjaringkan tiga gol lagi dalam suku berikutnya.

Danial Nazri menjaringkan gol kedua Malaysia, namun ia tidak menghalang Singapura menambah jaringan terakhir untuk melengkapkan kemenangan 9-2.