Skuad e-sukan harap penambahan atlet

Oleh Penulis Jemputan 17 Oktober 2019 123
Skuad e-sukan harap penambahan atlet
Pengurus skuad e-sukan negara, Firdaus Hashim, berharap Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dapat menerima rayuan pasukannya untuk menambah atlet dalam acara Tekken 7 menjelang Sukan SEA Filipina bulan depan.

Beliau yakin skuad negara mampu menyumbangkan sekurang-kurangnya dua pingat dalam acara tersebut.

"Sebelum ini, kami sudah berkomunikasi dengan MOM dan mereka masih belum membuat sebarang keputusan mengenai rayuan itu

"Kami harap dapat menghantar dua pemain untuk Tekken 7 di Manila.

"Kami menyasarkan pingat perak dalam acara itu dan kedua-dua pemain kami mempunyai peluang yang sama.

"Dua (pemain) lebih baik daripada satu," katanya.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen