Skuad bola keranjang mampu atasi Filipina

Oleh Staff Writer 22 Oktober 2019 76
Skuad bola keranjang mampu atasi Filipina
Skuad bola keranjang lelaki negara akan tampil dengan corak permainan berbeza bagi mengatasi kelebihan pasukan tuan rumah, Filipina, yang menggunakan khidmat pemain naturalisasi dalam Sukan SEA bulan depan.

Ketua pasukan, Mak Lok Seng, yakin dia dan rakan sepasukannya mampu mengatasi cabaran seteru itu dengan kekuatan pemain sedia ada.

Pemain berusia 25 tahun itu, yang tidak beraksi dalam temasya di Kuala Lumpur dua tahun lalu, berasakan corak permainan pantas perlu diterapkan skuad negara bagi mengatasi Filipina.

Sebagai persiapan, Malaysia akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan Australia sebelum ke Manila.

"Kami merupakan pasukan termuda dengan purata umur 22 tahun.

"Kami tidak mempunyai banyak pengalaman tetapi akan mencuba untuk menjadi pasukan yang pantas.

"Kami akan menggunakan kepantasan untuk memenangi perlawanan," katanya.

Sementara itu, pemain skuad wanita negara, Saw Wei Yi, tidak meragui kemampuan pasukannya, yang diperkuatkan dengan kombinasi pemain muda dan senior, untuk mempertahankan pingat emas yang dimenangi di ibu negara dua tahun lalu. 

"Setiap perlawanan mempunyai peluang 50-50, jadi kami perlu fokus di dalam gelanggang," katanya.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen