Skuad bola jaring negara bersedia untuk tampil lebih garang demi misi mempertahankan pingat emas dalam Sukan SEA Filipina bulan depan.

Pemain negara, S. Shandralelka, mendedahkan ketua jurulatihnya, Tracey Robinson, telah mempersiapkan satu pasukan berbeza berbanding dalam edisi di Kuala Lumpur dua tahun lalu.

"Benar, mungkin dia sudah tahu cara permainan kami sudah berubah sejak tahun lalu.

"Mungkin mereka (pasukan lawan) sudah tahu cara permainan kami.

"Jadi, tahun ini, kami tukar lain," katanya ketika ditemui dalam majlis sambutan Deepavali di Majlis Sukan Negara (MSN) hari ini.

Pemain di posisi serangan itu sedang bekerja keras untuk merebut 12 slot terakhir yang akan dipertaruhkan skuad negara di Manila.

Shandralelka mengakui semakin selesa untuk berlatih di bawah bimbingan jurulatih kelahiran Australia itu.

"Jurulatih baru bersama kami sejak dua tahun lalu.

"Caranya agak sukar juga, jadi agak susah untuk kami mengejarnya.

"Tahun ini lebih mudah tetapi tengoklah sama ada dia memilih saya atau tidak," tambahnya.