Silat: Sazzlan tidak terjejas berlatih sendirian

Oleh Staff Writer 23 November 2019 44
Silat: Sazzlan tidak terjejas berlatih sendirian
Pesilat negara, Sazzlan Yuga, terpaksa meneruskan persiapan ke Sukan SEA Filipina, yang bermula minggu depan, seorang diri apabila rakan gandingannya dalam kategori ganda putera, Taqiyuddin Hamid, dilanda masalah kesihatan. 

Ia merupakan kali pertama kedua-dua pesilat itu bergandingan dalam acara berkenaan dan Sazzlan terpaksa menyesuaikan diri selepas beralih daripada acara regu putra kepada ganda putra.

Meskipun begitu, dia yakin akan membutirkan pingat emas bersama gandingannya itu biarpun tidak dapat melakukan persiapan terakhir.

"Saya yakin dengan gandingan saya, Insya-Allah dia dapat mengejar kembali setiap rutin dan kecergasan.

"Saya melakukan simulasi seorang diri seperti biasa, cuma berseorangan sahaja," katanya.

Dalam pada itu, seorang lagi pesilat negara, Luqman Laji, yakin berada di landasan terbaik untuk melakukan kejutan dalam acara tunggal putera. 

"Seminggu sebelum ke Sukan SEA, persiapan agak baik.

"Kami sedang menumpukan kepada teknik dan jurulatih juga banyak membantu.

"Saya agak teruja (untuk ke Sukan SEA)," katanya.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen