Skuad silat negara menepati sasaran dua pingat emas apabila Zulfazly Zulfakar menewaskan peserta Indonesia, Hanifan Kusumah, 3-2 di Subic hari ini.

Selepas Taqiyuddin Hamid dan Sazlan Yuga mengungguli acara ganda putera Isnin lalu, peluang skuad negara untuk mencapai sasaran itu tampak samar selepas taruhan utama dalam acara tanding putera B, Faizul Nasir, tumbang awal.

Bagaimanapun, Zulfazly muncul penyelamat skuad negara apabila beraksi cemerlang memenangi penentuan pingat emas kategori tanding putera D hari ini dengan kelebihan kiraan mata.