Silat: Kaya teknik bantu skuad negara butir emas

Oleh Staff Writer 2 Disember 2019 639
Silat: Kaya teknik bantu skuad negara butir emas
Kekayaan teknik membantu skuad pencak silat negara merangkul pingat emas pertama dalam Sukan SEA Filipina selepas terikat 564 mata dengan tuan rumah, Filipina, dalam acara silat seni ganda putra di Subic hari ini.

Skuad silat negara membutirkan emas menerusi acara silat seni ganda putra menerusi Taqiyuddin Hamid dan Sazlan Yuga.

"Kami meraih pingat emas dua tahun lalu.

"Untuk mengulangi pencapaian itu semestinya menghadirkan kegembiraan buat saya," kata Taqiyuddin.

Malaysia mencatatkan 564 mata dan terikat dengan pasangan tuan rumah itu, namun selepas perbincangan dalam kalangan wasit, kemenangan diberikan kepada pesilat negara.

"Saya tidak menjangkakan kemenangan ini kerana kami berdepan tuan rumah, yang selalunya memiliki kelebihan.

"Kami sedia menerima sebarang keputusan dan bersyukur di atas pingat emas yang diperoleh hari ini," tambah Sazlan pula.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen