Silat: Gangsa buat pengorbanan Nasrul Edzam berbaloi

Oleh Penulis Jemputan 3 Disember 2019 217
Silat: Gangsa buat pengorbanan Nasrul Edzam berbaloi
Pesilat muda negara, Nasrul Edzam Asri, menganggap pengorbanannya tidak menghadiri majlis konvokesyen bulan lalu berbaloi setelah meraih gangsa dalam acara silat seni regu putra Sukan SEA Filipina di Subic semalam.

Nasrul Edzam terpaksa mengetepikan majlis konvokesyen di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bulan lalu kerana mengikuti kem latihan skuad  negara.

Demi penyertaannya, pengorbanan yang dilakukannya itu memberi pulangan lumayan menerusi pingat gangsa yang diraih bersama Syafiq Ibrahim dan Juned Abdullah.

Trio negara itu mengumpulkan 453 mata untuk meraih gangsa tatkala pingat emas menjadi milik trio Singpura dan Thailand memenangi perak.

"Tarikhnya (konvokesyen) sama dengan tarikh kem latihan Sukan SEA.

"Selepas dua tahun belajar untuk diploma, saya korbankan konvokesyen untuk menyertai Sukan SEA," katanya.


 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen