Shapawi setuju hantar pemenang emas Sukma ke Sukan SEA

Oleh Staff Writer 16 Disember 2019 941
Shapawi setuju hantar pemenang emas Sukma ke Sukan SEA
Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail, bersetuju dengan cadangan menghantar pemenang pingat emas Sukan Malaysia (Sukma), bermula dengan temasya di Perak tahun lalu, untuk bersaing dalam Sukan SEA Vietnam 2021.

Langkah itu bagi memastikan Malaysia tidak lagi ketandusan atlet berbakat seperti dilakukan Vietnam dan Thailand sejak beberapa edisi lalu.

"Hampir 51 peratus atlet yang beraksi dalam Sukan SEA kali ini membuat penampilan pertama dan jika kami dapat mengenal pasti bakat-bakat yang dimiliki atlet muda yang terhasil menerusi Sukma 2018 dan 2020 nanti ,kami boleh meningkatkan lagi peratusan atlet yang membuat penampilan sulung dalam temasya dwitahunan itu," katanya.

Proses bedah siasat pencapaian kontinjen Malaysia turut memutuskan Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri (USPTN) -- yang ditutup tahun lalu bagi menjimatkan kos -- akan dihidupkan semula.

"Pembangunan atlet di peringkat negeri merupakan keutamaan yang mahu diterapkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, dan kami akan berusaha untuk memastikan USPTN dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan," jelasnya.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen