Shangyang perlu tingkat kekuatan mental -- Yew Fai

Oleh Penulis Jemputan 25 Oktober 2019 45
Shangyang perlu tingkat kekuatan mental -- Yew Fai
Kekuatan mental merupakan aspek terpenting buat atlet wushu negara, Chuah Shangyang, yang memenangi pingat emas dalam Kejohanan Wushu Dunia di Shanghai kelmarin untuk memastikan kilauan pingat emas dalam Sukan SEA Filipina bulan depan.

Skuad wushu negara mempamerkan aksi cemerlang apabila meraih dua pingat emas dalam Kejohanan Dunia, sekali gus memberikan bayangan mereka mampu menguasai temasya di Filipina itu.

Bagaimanapun, ketua jurulatih skuad wushu negara, Lim Yew Fai, menegaskan barisan atletnya perlu memperbaiki aspek kekuatan mental jika ingin meraih pingat emas dalam temasya dwitahunan itu.

"Dia (Shangyang) perlu meningkatkan kekuatan mental kerana dia masih baru.

"Lebih-lebih lagi, pingat emas yang diraihnya sebelum ini merupakan dalam kategori tradisional dan bukan acara dalam Sukan SEA," katanya.

Yew Fai berasa bangga dengan prestasi skuad kendaliannya itu yang meraih keputusan cemerlang dalam Kejohanan Dunia mereka yang pertama.

"Sebenarnya, saya agak gembira dengan prestasi mereka kerana mereka telah beraksi baik.

"Benar, terdapat banyak kesilapan yang dilakukan dalam Kejohanan Dunia kerana mereka masih baru.

"Ia merupakan Kejohanan Dunia pertama mereka, jadi mereka memerlukan lebih pengalaman dalam kejohanan besar," tambahnya.

Sebelum ini, skuad negara meraih tiga pingat emas dalam Kejohanan Masters Dunia di Korea Selatan sebelum menambah dua lagi di Shanghai.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen